Showing posts with label F a i z u L. Show all posts
Showing posts with label F a i z u L. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Faizul Hartini dh sah sebagai suami isteri...


Alhamdullilah..sume dh setle. Sumenye berjalan dgn lancar.
terima kasih pd famly, sedara mara, kawan2 yg mnjayakan majlis yang bermakna bg kami dan yang dtng di Pasir Mas n Slim River..thanks very much..Kesudian korang amatlah kami hargai.
kt bawah tini upload beberape keping gmbr.intro. gmbr yg original lmbt lg, kene tgu photogrpher..malam akad nikah 5june09...
alhamdullilah...
batal air smyng..
pastu salam plak..
hari sanding 6june09..

Tuesday, May 19, 2009

Persiapan.....?

Persiapan utk weding? emm so far, berjalan ngn lancar..
byk bende dh setle,
1-brg2 hntran sume dh setle ecept for foods(coklat/pulut etc) yg lain2 setle..
2-baju baju raja sehari sume dh booking, tgu nk pakai je nanti..tp bju utk akad nikah otw,hehe..dh terbentuk la sepasang bju, cuma skang nih ngah tmbah labuci, manik2 bagi menyerikn lg bju tu..
3-doorgift utk teman2 /para tetamu (anda semua) sudah beli, cume tgal nk masukkn ke dlm paper bag je..
4-khemah dh booking, di jangka akan set up on 5th june
5-makanan utk tetamu menu dh ade, tu sume my mom yg setle kn..hehe.nati masak secara gotong royong sedara sepapat.
6-weding card sume dh edar2, dn kbykannya sudah terima kn?. sape yg tkde lg, leh gtau tini k. skang jugk tini poskan.
7-pelamin,hiasan kamar beradu,meja pngtin sume dh tempah termsuk ngn baju, make up..kira pakej lengkp la tuh..
8-bunga penangah dlm proses, dh byk siap, tgal dlm 20 kuntum lg yg blum..hehe
emm ape lg yek..rasenye sume perkara yg besar2/penting sume dh ok, tgal small2 thing need to check...
mase pun tgal tk brape byk, plus minus 2week plus je lg..pe2 pun.layan jee..

Friday, May 15, 2009

Kenapa manusia tk boleh jadi BATMAN?

antara sb yg di utarakn ialah:
1-manusia biasa perlukn rehat/cuti. -klu dh jd batman, asik kene kije je, ade je misi..tk larat la..
2-batman tk leh khawin@ ade komitmen-mane ade mase nk layan ank2, isteri. kene anak/isteri sakit, sedangkan ade misi yg penting, mcm mana tuh...tu sbb nye tk boleh..
3-batman tk leh berkeluarga dgn alasan takut rahsia bocor.- yelh cuba sedara byngkn, klu batman ade anak, pastu anak dia skolah. pastu cikgu anak dia tnya, papa kerja ape? papa sy batman... (?). hahaha, bocor la rahsia segala misi/perjuangan batman.hahahaha..
-article di petik dr salah seorang fanatik BATMAN.kekeke..


Sunday, November 9, 2008

sian B episode 2

dh kuar wad pun, tp still tk berapa sihat lg.. -Ve denggi, -Ve malarai,,abes tu ape? sian B huhu..malam2 je dh stat sejuk,demam,sakit2..cmne nk g kije cmtu,rehat kt rumah je lah dlu, nanti dh ok bru blik kije...doakan dia sumoga cepat baik..amin.

Monday, November 3, 2008

Sian B..:(












Wekend lepas die dtg sini, bdn duk tk berapa sihat.
pagi Isnin pg spital, cek darah..suspect denggi lak..trus kena duk Ward..huhu..
reading denggi 83, actually reading yg normal adalh 150..huhu, jenuh dr 83 nk smpai 150..
ape2 pun.kite dh dpt tgk n jga die utk semalam yg 1st berada di hospital..sian,kene msuk air, amik darah..huhu..reading darah yg amik kul 6 ptg smlm (isnin), 73..lagi turn. nurse ckp, klu reading turun bwah 50, kene anto Hospital Ipoh.susahnye..dh le jauh. org ckp kene minum 100+ n sup ketam. dh minum pun, harap2 lepas nih reading nye ok..n stabil. thanks to Tie sb teman pg Hospital Slim River..hehe, idak duk nagis sorng2 le jwbnye.Semoga B cpt sembuh,amin.

Ni adalah serba skit info pasal Demam Denggi..check it out friends!

Sup ketam penawar demam denggi
''SAYA ingin berkongsi pengalaman berhubung usaha melawan demam denggi dengan hanya makan sup ketam. Ketika dijangkiti penyakit itu pada Mei tahun lalu, saya mendapati ketam, mengandungi protein yang tinggi, dapat membantu pembinaan semula platelet darah. Pengambilan sup ketam dipercayai menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan begitu cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang minum dan makan satu mangkuk besar sup ketam (500 ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa singkat, iaitu cuma antara lima hingga lapan jam.Pesakit akan pulih hampir sepenuhnya dalam tempoh berkenaan. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawahnya.Malah, proses pemulihannya amat pantas kerana pesakit tidak perlu makan multivitamin ataupun pil magnesium untuk memulihkan tenaga dan staminanya. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptom awal denggi boleh mengambil sup ketam sebaik saja menyedari tanda diserang denggi.Sehingga kini pemerhatian saya mendapati tidak kurang daripada 20 kenalan yang diserang denggi sembuh dalam masa lima hingga lapan jam selepas makan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengagumkan dan saya pulih sepenuhnya dalam masa tujuh atau lapan jam ketika diserang demam denggi.Saya harap satu kajian saintifik perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini dan orang ramai tidak lagi fobia dengan wabak demam denggi apabila penawarnya ditemui.sumbangan,SYED MOHD YUSOF,Gombak, Selangor''-sumbangan http://www.melayu.sg/forum/index.php?topic=611.0

info dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Demam_Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
rasa pahit pada lidah

Bagaimana demam denggi berjangkit
Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Wednesday, October 22, 2008

Gua Senyum for the 2nd time

arini, g makan kt kedai bru, berhadapan sebalah sana ofis..cmne ek nk ckp, kira dkt2 nih la jugk..not bad la, kedai baru JaruMas.. ikn tongkol ngn tehoais=rm4.30.
arini b, hafday je, blik slim, nk prepare brng, sok die akan g gua senyum lagi. kt temerloh..dh tukar profesion skang,hahaha, jadi kamareman plak..hehe.. jumaat, sbtu,ahad, bz la die..cayok2..
isnin leh rehat2, selasa, rabu,khamis, jumat..sabtu dh free, leh dtg KL, yuhuu..
(gmbr fua senyum blum ade,gmbr nih je lah ade nye..haha)

Popular Posts

PROMO ESPRING BARU SEMPENA BULAN MERDEKA 2024

  Pembelian eSpring pada bulan Merdeka lebih menguntungkan?   Untuk promosi bulan ogos 2024, setiap pembelian eSpring baru, Percuma  G...

Popular Posts