Seperti namanya, maskne merujuk pada akne dan jerawat yang disebabkan oleh pemakaian pelitup muka yang berpanjangan. Malangnya, disebabkan pelitup muka itu penting untuk melindungi kesihatan anda, kita mesti memakainya apabila keluar walaupun berisiko mendapat jerawat.
Walaupun dalam keadaan yang terbaik, minyak, bakteria dan sel mati terkumpul pada kulit setiap hari. Memakai pelitup membuatkan kekotoran ini semakin banyak terkumpul, lalu menyumbat liang roma.
Selain itu, peluh dan kelembapan boleh terperangkap di bawah pelitup dan ini juga boleh menyebabkan akne. Geseran dari pelitup yang bergesel dengan kulit anda juga menyebabkan kerengsaan, dan ini menjadi lebih teruk jika anda mempunyai kulit sensitif atau alah kepada bahan tertentu.
Berikut adalah beberapa petua untuk mencegah maskne:
1. Dapatkan pelitup berkualiti tinggi
Selain keberkesanan dan ketahanan, pelitup harus rasa selesa pada kulit. Selain topeng pembedahan, anda boleh memilih pelitup yang diperbuat daripada bahan semula jadi yang lembut seperti kapas, dan yang tidak dirawat terlebih dahulu dengan bahan kimia atau dibubuh haruman sintetik.
2. Tanggalkan pelitup anda setiap 4 jam
Menanggalkan pelitup anda selama 15 minit setiap 4 jam membolehkan kulit anda berehat. Membiarkan muka dan badan anda bernafas dalam udara yang bersih sangat bermanfaat. Simpan beberapa pelitup muka supaya anda sentiasa memakai yang baru dan hanya tanggalkan pelitup anda apabila selamat untuk berbuat demikian.
3. Basuh pelitup fabrik selepas setiap kali guna
Lebih ramai orang telah mula memakai pelitup muka berganda, iaitu memakai pelitup dengan dua atau lebih lapisan fabrik di atas pelitup pakai buang. Walau bagaimanapun, adalah penting agar anda tidak menggunakan semula pelitup fabrik tanpa membasuhnya. Jangan lupa untuk menggunakan detergen kain cucian hipoalergenik tanpa haruman untuk mengelakkan kerengsaan.
4. Kerap bersihkan muka
Mengekalkan rutin penjagaan kulit anda yang tetap akan memastikan kulit anda sentiasa sihat. Bersihkan muka dan leher anda pagi dan malam, dan selepas memakai pelitup. Jika anda memakai mekap, pastikan anda menggunakan penanggal mekap. Untuk mekap yang ringan, ARTISTRY SKIN NUTRITION Micellar Makeup Remover + Cleanser ialah penanggal mekap mesra mikrobiom, tanpa bilas yang mengelap mekap dalam satu langkah.
Mengenai subjek pembersih
Pembersih anda seharusnya dapat menghilangkan minyak, peluh dan bakteria dengan berkesan tetapi pada masa yang sama baik untuk kulit anda. Cari produk yang bebas daripada alkohol dan haruman yang merengsakan – mata bonus untuk formula yang menyasarkan kulit berminyak yang bebas paraben dan disahkan vegan seperti ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Jelly Cleanser. Produk penjagaan kulit vegan diperbuat dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang lebih selamat dan lebih lembut. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, sila berjumpa doktor atau pakar dermatologi anda.
Gunakan pelembap bukan komedogenik
Menggunakan pelembap selepas membersihkan dan menyegarkan menjadikan kulit anda sentiasa terhidrat. Pastikan pelembap anda bukan komedogenik, yang bermaksud ia tidak akan menyumbat liang roma anda. Ini bertindak sebagai perintang dan melindungi kulit daripada kesan lecet akibat memakai pelitup. Walaupun anda mempunyai kulit berminyak, menggunakan pelembap sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian adalah satu kemestian – cuma pilih yang dirumus untuk kulit normal hingga berminyak. Gunakan ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Matte Gel Lotion, yang memberikan anda penghidratan yang kekal sepanjang hari sambil menjadikan kulit anda pusam, segar dan nyaman.
Pastikan rutin penjagaan kulit anda merangkumi semua yang asas
Akhir sekali, penjagaan kulit yang konsisten adalah penting untuk menghilangkan kekotoran dan mengekalkan penghidratan kulit, mencegah maskne dalam jangka masa panjang. Untuk kulit berminyak, cipta rutin penjagaan kulit yang lengkap dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Solution. Formula ini sesuai untuk jenis kulit berminyak dan normal hingga berminyak agar ia membantu mengawal kilatan sambil menjadikan kulit lembut dan terhidrat.
Berikut adalah rutin yang mudah untuk dimulakan: Bersihkan dengan Balancing Jelly Cleanser, segarkan dengan Balancing Fresh Shake Toner dan hidratkan kulit dengan Balancing Matte Gel Lotion – dan jangan lupa pelindung matahari anda pada siang hari dengan Balancing Matte Day Lotion SPF 30.
Ingat, mengamalkan penjarakan sosial, kerap cuci tangan dan tidak menyentuh wajah anda adalah cara yang baik untuk melindungi kesihatan dan kulit anda juga. Demi kecantikan yang sihat!
No comments:
Post a Comment