Tuesday, September 20, 2022

ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing Solution

 

ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing Solution: Testimoni

ARTISTRY SKIN NUTRITION baik untuk tanda-tanda penuaan sederhana?

Diseduh dengan fitonutrien Nutrilite yang dipetik dari ladang yang disahkan organik, empat penyelesaian ARTISTRY SKIN NUTRITION disahkan vegan, bebas paraben dan tidak diuji ke atas haiwan. Menyuburkan kulit anda untuk Kecantikan yang Sihat, ia direka untuk menyeimbangkan, menghidrat, memperbaharui dan memejalkan kulit. Jadi, apakah kesannya pada kulit dengan tanda-tanda penuaan sederhana seperti kekusaman, garis-garis halus dan kedutan?

Dalam Renewing Solution, bahan-bahan ini – Shiso Perilla, Aloe Vera dan Gliserin memberikan pembersihan lembut yang menenangkan kulit pada masa yang sama. Protein Oat dan Prebiotik menghaluskan dan melicinkan permukaan kulit di samping mengimbangi mikrobiom, yang disuburkan lagi dengan Biji Chia Putih dan Delima Nutrilite.

Bayam, Kunyit dan Bunga Tea Olive yang ditanam Nutrilite digabungkan dalam Kompleks Pembaikan untuk mengembalikan keremajaan kulit sebanyak 600% (ujian ex vivo). Akhir sekali, Rosemary menguatkan perintang kulit manakala Asid Hialuronik memudarkan garis-garis halus dan kedutan.


Jum kita tengok apa kata penguna Skin Renewing. 

Zulqarnain Khairuddin

Kulit saya sentiasa berminyak tetapi sejak mencecah usia 30-an, saya perasan ia mula menjadi kering. Kulit di bawah mata sangat sensitif dan pedih setiap kali saya mencuci muka. Di samping itu, saya melihat permulaan lingkaran gelap dan kedutan di sudut mata.

Dari segi penjagaan kulit, saya tidak begitu berdisiplin – adakalanya saya mengabaikan rutin penjagaan kulit saya.

Sebagai ABO yang sibuk, saya sentiasa berada di luar rumah. Pendedahan matahari yang berterusan dan berpeluh tidak baik untuk kulit saya. Saya juga mempunyai seorang anak kecil yang tidak boleh tidur tanpa penyaman udara jadi kulit saya semakin kering.

Bau produk ini sangat lembut dan menenangkan. Rangkaian kegemaran saya ialah Renewing Reactivation Eye Cream. Kawasan mata saya yang dahulunya kasar kini lembut dan kedutan di sekitar mata sudah berkurangan. Semua pelembap diserap serta-merta dan menjadikan kulit saya rasa segar dan kelihatan lebih muda. Kedutan dan pigmentasi sudah berkurangan manakala penghidratan dan kepejalan meningkat.

Kulit saya lebih terhidrat dengan ketara malah isteri saya pun perasan perbezaannya. Kedutan dan pigmentasi sudah berkurangan manakala penghidratan dan kepejalan meningkat. Saya suka bagaimana koleksi ini menyasarkan jenis kulit yang berbeza untuk memenuhi keperluan yang lebih khusus apabila kulit berubah mengikut usia. Saya pasti akan mengesyorkan rangkaian ini kepada kumpulan saya.

Mahaletchumi Suppiah

Kulit saya berminyak, berkedut dan saya nampak liang-liang terbuka di pipi saya. Saya mengambil berat penjagaan kulit dan menggunakan semua produk setiap hari. Saya juga menggunakan SIGNATURE SELECT Polishing Mask setiap minggu.

Gaya hidup saya tidak terlalu sibuk, jadi saya boleh makan dengan tetap, tetapi kadangkala saya tidur lewat. Namun begitu saya sentiasa minum banyak air.

Pada waktu pagi, saya menggunakan Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30. Pada waktu malam, Renewing Reactivation Cream untuk saya.

Saya sangat sukakan tekstur produk ini: Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30 ringan dan sesuai untuk kegunaan waktu siang, manakala Renewing Reactivation Cream sangat kaya dan berkrim. Keseluruhan koleksi juga mempunyai bau yang sangat harum.

Baru dua minggu tetapi saya sudah nampak kulit saya kelihatan lebih tegang dan semakin anjal. Ia juga menyeimbangkan kulit saya yang berminyak, menjadikannya bercahaya dan lebih berseri. Saya gembira dengan hasilnya.

Loo Wen Yi

Saya paling bimbang tentang garis ekspresi dan liang-liang terbuka saya. Kulit kombinasi saya lebih cenderung ke arah berminyak dan ada sedikit tompok gelap di pipi saya. Gaya hidup saya agak sibuk dan saya sering tidur lewat. Saya tidak lupa mengambil suplemen Nutrilite setiap hari.

Sebelum ini, saya menggunakan gabungan SKIN NUTRITION Balancing dan Hydrating Solution. Saya sangat berdisiplin tentang rutin penjagaan kulit, memastikan saya menggunakan SIGNATURE SELECT Personalized Serum dan INTENSIVE SKINCARE Advanced Skin Refinisher setiap hari.

Dua kali seminggu, saya menggunakan SIGNATURE SELECT Purifying, Hydrating dan Brightening Masks serta INTENSIVE SKINCARE Blooming Sleeping Mask. Untuk siang, saya menggunakan Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30. Untuk malam, saya menggunakan Renewing Reactivation Cream.

Baunya harum. Kulit saya perlu menyesuaikan diri dengan produk baru, tetapi hasilnya cukup baik. Permukaan kulit saya lebih lembut dan licin dan ini sangat jelas apabila saya memakai mekap. Sebelum ini masih nampak liang-liang di hidung dan pipi walaupun saya memakai bedak asas. Kini, semuanya kelihatan lebih sekata.

Mula-mula, kulit saya kelihatan terhidrat dan berseri. Kemudian, analisis kulit menunjukkan saiz liang dan tompok gelap telah berkurangan manakala keanjalan bertambah baik. Garis senyum saya telah berkurangan manakala garis kerutan saya telah pudar. Rangkaian ini melangkaui jangkaan saya.

Lim Yen Shan Yennie

Kebimbangan utama saya ialah pigmentasi, liang-liang terbuka dan garis ekspresi. Saya telah menggunakan ARTISTRY selama beberapa tahun dan saya sangat berdisiplin. Setiap hari sejak ia dilancarkan, saya menggunakan SKIN NUTRITION Hydrating Solution.

Saya sentiasa tidur lewat serta banyak bercakap dan tersenyum, jadi garis ekspresi saya agak jelas. Namun begitu, saya sentiasa menyokong kulit saya dengan suplemen Nutrilite seperti peptida kolagen, protein dan Vitamin C.

Setiap pagi, saya menggunakan Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30 dan setiap malam, saya menggunakan Renewing Reactivation Cream. Saya juga menggunakan Cream Makeup Remover yang mempunyai kesan melembutkan.

Renewing Reactivation Cream sangat bagus. Kulit saya tetap rasa sangat lembap dan segar apabila bangun. Pada waktu pagi, Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30 cepat menghidrat dan melindungi kulit saya dengan sentuhan pelindung matahari. Teksturnya sangat pekat tetapi tidak berminyak dan tidak rasa berat pada kulit saya. Ia mudah diserap kulit dan baunya sangat harum.

Kulit saya banyak berubah. Apabila saya mengambil gambar, saya dapat melihat perbezaannya. Lingkaran gelap dan garis ekspresi saya telah berkurangan, liang-liang kelihatan lebih kecil dan kulit saya kelihatan lebih cerah. Rakan-rakan memberitahu yang saya kelihatan seperti memakai bedak asas sedangkan saya tidak memakainya. Saya sangat suka betapa lembut dan licin kulit saya sekarang.

Rafidah Mohd Hidir

Kekusaman dan tona kulit tidak sekata ialah kebimbangan utama saya selain pigmentasi dan tompok gelap. Kulit saya kombinasi normal ke berminyak jadi apabila panas, saya perlu memakai bedak asas untuk menyembunyikan liang-liang terbuka dan lingkaran gelap. Selain itu, kulit saya sangat sensitif dan memerlukan pelindung matahari SPF tinggi.

Saya sangat berdisiplin dan menjaga kulit saya dua kali sehari. Saya menggunakan SIGNATURE SELECT Masks, essentials by ARTISTRY Vitamin Sheet Masks dan INTENSIVE SKINCARE Advanced Vitamin C + HA Treatment.

Saya sering tidak bersarapan, jadi saya menyokong tubuh saya dengan suplemen Nutrilite. Baru-baru ini, saya mula tidur pada pukul 11 malam. Sebelum ini, saya tidur pada pukul 1 pagi kerana saya hanya boleh bekerja apabila semua orang tidur.

Tekstur Renewing Reactivation Cream sangat kaya jadi ia rasa seperti masker dan menjadikan kulit saya terhidrat sepanjang malam. Pada penggunaan pertama, saya terkejut dengan Renewing Softening Toner tetapi kemudian saya rasa kesan melembutkannya. Produknya sangat melembapkan. Dahulu saya menyapu semula penjagaan kulit selepas berwuduk lima kali sehari, tetapi tidak begitu dengan rangkaian ini. Muka saya rasa lembut walaupun selepas saya menyimbahnya dengan air.

Setiap pagi, saya terus mencari cermin untuk melihat bagaimana kulit saya bertambah baik. Kulit saya rasa lebih pejal, liang-liang kelihatan lebih kecil, pigmentasi saya semakin pudar, dan bintik-bintik gelap dan garis-garis halus saya sudah berkurangan. Walaupun semasa mesyuarat maya, semua ABO bawahan saya perasan perbezaannya. Orang bertanya sama ada saya memakai bedak asas kerana kulit saya bercahaya sedangkan saya tidak memakai sebarang mekap. Sekarang, saya tidak sabar untuk menggunakan produk setiap malam dan sangat teruja untuk berkongsi dengan semua orang!


Amacam? korang nk tak rasai sendiri ARTISTRY SKIN NUTRITION ni? 

Jangan risau, kami ada mini pack atau travel pack untuk try. korang boleh try. klu sesuai boleh beli yang pack besar/normal. kalau tak sesuai korang boleh return semula. Hanya dekat awmay shop je tau boleh mcm ni. kalau kedai famasi/watson atau sbgai nya tak dapat gaiss...

yang best lagi, korang blh dapat cashback. seronok bukan... nk thu lebih boleh text saya ya. jgn komen sini sy telepas pandang. nk cepat text yaaa..


wasap me













Syampu?? Mari kita baca mengenai Syampu...

 Apa yang perlu anda tahu mengenai syampu anda?


Saya suka sangat yang hijau ni. Pengalaman guna sendiri., rambut ringan, licin, lepas tu wangian dia mmg best sgt. soft2 je. Yang hijau ni dah skali ngn conditioner. so tk perlu la pakai. rambut lembut... i love it! mmg tk tukar yang lain dah.... 


jum kita baca yang bawah ni... sharing utk kita semua... semoga bermanfaat ye.. 


Syampu bukan sekadar pencuci tetapi nutrisi rambut sihat

Apabila membeli dan menggunakan syampu, terdapat banyak perkara yang harus diambil kira. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai rambut yang lebat dan panjang, dan terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang boleh merosakkan rambut dan kulit kepala. Mungkin sesetengah syampu sudah tidak berkesan lagi kerana masalah rambut anda lebih besar daripada kemampuan syampu itu. Oleh itu, bagi memastikan kesihatan dan kebersihan kulit kepala dan rambut tidak diperjudikan, jom ikuti panduan penting ini.

  1. Pilih syampu yang bermutu untuk rambut yang sihat
    Bagaimana kita memastikan sesuatu syampu itu bermutu? Kerap kali harga atau penggunaan perkataan tertentu boleh mempengaruhi psikologi untuk membelinya. Lazimnya, pengguna berpendapat bahawa produk yang mahal lebih bermutu atau perkataan seperti organik lebih sihat. Jangan terperangkap ya! Syampu yang baik bergantung kepada bahan yang digunakan, bahan yang perlu dielak dalam kandungan seperti bahan kimia berbahaya, ulasan daripada pengguna terutama sekali mereka yang mempunyai masalah rambut yang sama seperti anda dan juga sebaiknya dapatkan nasihat doktor atau pakar rambut untuk menentukan jenis syampu yang sesuai untuk kulit kepala dan rambut anda.


  2. Baca dan ketahui kandungan dalam syampu anda
    Jikalau anda seorang yang membeli syampu dengan membaca kandungannya, bagus! Anda berjaya melepasi tangga pertama ujian pengguna syampu. Lazimnya, syampu di pasaran banyak menggunakan bahan kimia yang boleh membahayakan kulit kepala sehingga menyebabkan iritasi atau keradangan kulit kepala. Jika anda alah kepada bahan kimia tertentu, baca kandungan dan sebaiknya elak menggunakan syampu tersebut. Nama bahan dalam syampu biasanya ditulis menggunakan terma saintifik. Namun, apa yang anda perlu tahu adalah aturan nama bahan yang dicetak, di mana bahan yang paling tinggi konsentrasi berada pada bacaan pertama, diikuti kedua tertinggi dan seterusnya. Dengan itu anda boleh menilai kandungan paling tinggi kepada paling rendah dan menentukan keberkesanannya.





3. Pilih formulasi unik Kompleks Enerjuve, pembekal nutrisi sebenar rambut anda!

Formulasi bahan tertentu pastinya memberi manfaat yang terbaik untuk kulit kepala. Dalam hal ini, formulasi Kompleks Enerjuve Syampu SATINIQUE yang dipatenkan di Amerika Syarikat mampu mengenal pasti kawasan kulit kepala yang rosak dan lemah dan menyembuhkannya dengan sempurna. Rumusan yang terdiri daripada kombinasi pelbagai elemen tumbuhan yang diperkaya dengan nutrien ini menembus jauh ke dalam struktur rambut untuk pemulihan menyeluruh. Komponen utama formulasi ini memperkuat lipid, mempunyai caj positif, kreatina dan asid eikosanoikyang tepu lemak yang merupakan nutrisi penting untuk rambut anda.



Apa yang ada pada syampu SATINIQUE?

SATINIQUE adalah produk penjagaan rambut profesional dengan harga berpatutan dan paling penting, selamat untuk kulit kepala anda. Sesuai untuk pelbagai jenis kulit kepala dan rambut, syampu ini bukan sekadar menjaga penampilan tetapi berfungsi sebagai makanan untuk rambut anda. Ini kerana ia mengandungi pelbagai bahan aktif yang mampu memberikan kekuatan kepada rambut dan penjagaan kesihatan kulit kepala yang berpanjangan. Syampu dengan formulasi terbiodegradasikan ini berasaskan tumbuhan, mengandungi komponen unik gabungan botanik khusus untuk keperluan rambut anda. Dengan mengekalkan bacaan pH yang neutral agar tidak merosakkan atau menyebabkan sebarang alahan, semua syampu SATINIQUE selamat digunakan.



Fungsi syampu yang baik adalah membersih dan menjaga

Penggunaan syampu harus bersifat dua dalam satu iaitu membersih dan menjaga untuk keberkesanan optimum rambut dan kulit kepala.


  • Membersih: Bercakap mengenai membersih, contoh paling relevan ialah rangkaian penjagaan rambut SATINIQUE yang memberi kepuasan dengan rasa segar dan bersih yang berpanjangan. Lembut dan mesra pengguna, rangkaian produk ini diperbuat berasaskan bahan tumbuhan dengan tahap pH asid yang ringan (3-6.5). Malah, ia juga menggunakan formula bersifat terbiodegradasikan yang mesra alam sekitar.
  • Penjagaan: Rangkaian SATINIQUE juga mengekalkan kelembutan kulit kepala menerusi rumusan Kompleks Penenang, Enerjuve iaitu teknologi yang dipatenkan untuk perawatan kulit kepala. Menggunakan bahan asas botani dan kandungan aktif, SATINIQUE sememangnya lebih daripada sekadar syampu. 
Penjagaan: Rangkaian SATINIQUE juga mengekalkan kelembutan kulit kepala menerusi rumusan Kompleks Penenang, Enerjuve iaitu teknologi yang dipatenkan untuk perawatan kulit kepala. Menggunakan bahan asas botani dan kandungan aktif, SATINIQUE sememangnya lebih daripada sekadar syampu

jikalau sayangkan rambut, pastikan anda memberi perhatian kepada panduan di atas sebelum membeli dan menggunakan syampu. Ingat, rambut umpama mahkota semula jadi seseorang, khususnya wanita. Oleh itu, pastikan rambut anda sihat dari akarnya, kulit sampai ke hujung rambut. Barulah namanya rambut sihat menawan!



Hartini Amway Business Owner





Wednesday, March 9, 2022

Macam mana nak Melindungi dan Memastikan Mata Sihat?

 Kita menghabiskan purata 3-12 jam sehari menggunakan peranti elektronik. tambah-tambah sejak pkp..semua org mengunakan peranti tuk berhubung.. Anak yang dulu jarang pegang hp/tab sekarang dah terbiasa sejak pdpr... tv pun sama..byk terkurung..byk aktiviti dalam rumah mengadap gajet je kan??


sympton yang timbul sebab kerap dan banyak masa menghadap peranti:-

  • Keletihan mata
  • Mata kering
  • Penglihatan kabur
  • Sering sakit kepala
  • Rabun jauh/dekat



Cahaya biru ada di mana-mana (sumber termasuk dari matahari dan peranti digital), tetapi mata kita tidak begitu berkesan untuk menyekatnya. Oleh itu, pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan:

  • Katarak
  • Penglihatan kabur
  • Letih mata
  • Mata kering
  • Degenerasi makular

Cahaya biru juga menjejaskan tidur. Penggunaan peranti elektronik pada waktu malam boleh menjejaskan pembebasan melatonin, hormon tidur. Ini boleh menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk tidur dan terus tidur.

Oleh itu, elakkan kerosakan pada retina anda dengan mempelajari dan menyertakan nutrien dan suplemen penting yang menyumbang kepada kesihatan mata.

Ditingkatkan oleh Kearifan Herba


  • Wolfberry — Anda mungkin pernah melihat buah merah kecil ini terapung dalam sup dan pencuci mulut tradisional Cina. Juga dikenali sebagai goji berry, wolfberry mempunyai sejarah penggunaan yang panjang dalam perubatan tradisional. Wolfberry Cina diketahui mengandungi zeaxanthin dan beta karotena yang tinggi, iaitu satu lagi antioksidan yang hebat. Ia telah digunakan secara tradisional untuk kesihatan mata dan kulit, serta keimunan keseluruhan.
  • Kekwa — Bunga kekwa juga telah digunakan selama lebih seribu tahun kerana sifat perubatannya, termasuk komponen antioksidannya yang kaya yang diperoleh daripada lutein dan kandungan Vitamin A dan beta karotena yang tinggi. Kedua-duanya sangat penting untuk kesihatan mata, dan diperlukan untuk melindungi daripada neuropati retina, degenerasi makular dan katarak.

Disempurnakan oleh Sains

  • Bunga marigold mempunyai sejarah yang panjang dalam apotekari dan perubatan tradisional, sering digunakan dalam salva, teh dan ekstrak untuk merawat masalah pencernaan. Sifatnya (lutein dan zeaxanthin) telah ditunjukkan bukan sahaja bertindak sebagai antiseptik semula jadi, tetapi juga melindungi penglihatan anda dengan melindungi lapisan mata anda daripada kesan sinar UV dan kerosakan oksidatif.
  • US National Eye Institute telah mengesyorkan bahawa nisbah keemasan 5:1 lutein: zeaxanthin diperlukan untuk menambah baik penglihatan anda. Oleh itu, sebaik-baiknya cari suplemen yang memenuhi kriteria ini.
  • Blackcurrant — Seperti kebanyakan buah beri, blackcurrant kaya dengan vitamin dan mineral, serta antioksidan. Blackcurrant mengandungi banyak bahan penting seperti antosianin, vitamin C, dan asid linolenik gamma (GLA). Semua ini diketahui boleh menambah baik fungsi mata. Cegah mata kering, tambah baik peredaran darah ke mata dan legakan keletihan mata dengan blackcurrant.

Secara ringkasnya, nutrien-nutrien ini akan membantu melindungi mata anda daripada cahaya biru, keletihan dan kekeringan!


Nutrisi Herba Moden dengan Nutrilite

Dapatkan yang terbaik daripada kearifan herba dan sains moden dengan Minuman Botani Beri Dengan Lutein Nutrilite! Menggabungkan manfaat hebat daripada bahan-bahan herba yang telah diuji masa dengan keajaiban teknologi moden, kami telah mencipta suplemen berkualiti tinggi untuk menyokong kesihatan mata anda.

Setiap cecair dalam pek batang koyak mudah bawa dibuat tanpa perisa tiruan, pewarna atau pengawet serta bebas gluten dan mesra vegetarian. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Bahan-bahan herba dan botani yang berkualiti tinggi diproses dengan teknologi mikroenkapsulasi, yang meningkatkan penyerapan untuk memastikan anda mendapat jumlah nutrien yang optimum.

jaga mata kita..aset berharga tau...









Tuesday, February 22, 2022

Cara Mencegah Maskne ( Jerawat yang keluar sebab pakai mask )

 Seperti namanya, maskne merujuk pada akne dan jerawat yang disebabkan oleh pemakaian pelitup muka yang berpanjangan. Malangnya, disebabkan pelitup muka itu penting untuk melindungi kesihatan anda, kita mesti memakainya apabila keluar walaupun berisiko mendapat jerawat.

Walaupun dalam keadaan yang terbaik, minyak, bakteria dan sel mati terkumpul pada kulit setiap hari. Memakai pelitup membuatkan kekotoran ini semakin banyak terkumpul, lalu menyumbat liang roma.

Selain itu, peluh dan kelembapan boleh terperangkap di bawah pelitup dan ini juga boleh menyebabkan akne. Geseran dari pelitup yang bergesel dengan kulit anda juga menyebabkan kerengsaan, dan ini menjadi lebih teruk jika anda mempunyai kulit sensitif atau alah kepada bahan tertentu.


Berikut adalah beberapa petua untuk mencegah maskne:

1. Dapatkan pelitup berkualiti tinggi

Selain keberkesanan dan ketahanan, pelitup harus rasa selesa pada kulit. Selain topeng pembedahan, anda boleh memilih pelitup yang diperbuat daripada bahan semula jadi yang lembut seperti kapas, dan yang tidak dirawat terlebih dahulu dengan bahan kimia atau dibubuh haruman sintetik.

2. Tanggalkan pelitup anda setiap 4 jam

Menanggalkan pelitup anda selama 15 minit setiap 4 jam membolehkan kulit anda berehat. Membiarkan muka dan badan anda bernafas dalam udara yang bersih sangat bermanfaat. Simpan beberapa pelitup muka supaya anda sentiasa memakai yang baru dan hanya tanggalkan pelitup anda apabila selamat untuk berbuat demikian.

3. Basuh pelitup fabrik selepas setiap kali guna

Lebih ramai orang telah mula memakai pelitup muka berganda, iaitu memakai pelitup dengan dua atau lebih lapisan fabrik di atas pelitup pakai buang. Walau bagaimanapun, adalah penting agar anda tidak menggunakan semula pelitup fabrik tanpa membasuhnya. Jangan lupa untuk menggunakan detergen kain cucian hipoalergenik tanpa haruman untuk mengelakkan kerengsaan.

4. Kerap bersihkan muka

Mengekalkan rutin penjagaan kulit anda yang tetap akan memastikan kulit anda sentiasa sihat. Bersihkan muka dan leher anda pagi dan malam, dan selepas memakai pelitup. Jika anda memakai mekap, pastikan anda menggunakan penanggal mekap. Untuk mekap yang ringan, ARTISTRY SKIN NUTRITION Micellar Makeup Remover + Cleanser ialah penanggal mekap mesra mikrobiom, tanpa bilas yang mengelap mekap dalam satu langkah.

Selepas menggunakan penanggal mekap, cuci muka anda dengan air suam dan pembersih yang sesuai dengan jenis kulit anda. Gunakan tuala bersih untuk mengeringkannya – jangan gosok kerana ini akan merengsakan kulit anda.

Mengenai subjek pembersih

Pembersih anda seharusnya dapat menghilangkan minyak, peluh dan bakteria dengan berkesan tetapi pada masa yang sama baik untuk kulit anda. Cari produk yang bebas daripada alkohol dan haruman yang merengsakan – mata bonus untuk formula yang menyasarkan kulit berminyak yang bebas paraben dan disahkan vegan seperti ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Jelly Cleanser. Produk penjagaan kulit vegan diperbuat dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang lebih selamat dan lebih lembut. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, sila berjumpa doktor atau pakar dermatologi anda.

Gunakan pelembap bukan komedogenik

Menggunakan pelembap selepas membersihkan dan menyegarkan menjadikan kulit anda sentiasa terhidrat. Pastikan pelembap anda bukan komedogenik, yang bermaksud ia tidak akan menyumbat liang roma anda. Ini bertindak sebagai perintang dan melindungi kulit daripada kesan lecet akibat memakai pelitup. Walaupun anda mempunyai kulit berminyak, menggunakan pelembap sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian adalah satu kemestian – cuma pilih yang dirumus untuk kulit normal hingga berminyak. Gunakan ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Matte Gel Lotion, yang memberikan anda penghidratan yang kekal sepanjang hari sambil menjadikan kulit anda pusam, segar dan nyaman.

Pastikan rutin penjagaan kulit anda merangkumi semua yang asas

Akhir sekali, penjagaan kulit yang konsisten adalah penting untuk menghilangkan kekotoran dan mengekalkan penghidratan kulit, mencegah maskne dalam jangka masa panjang. Untuk kulit berminyak, cipta rutin penjagaan kulit yang lengkap dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Solution. Formula ini sesuai untuk jenis kulit berminyak dan normal hingga berminyak agar ia membantu mengawal kilatan sambil menjadikan kulit lembut dan terhidrat.



Berikut adalah rutin yang mudah untuk dimulakan: Bersihkan dengan Balancing Jelly Cleanser, segarkan dengan Balancing Fresh Shake Toner dan hidratkan kulit dengan Balancing Matte Gel Lotion – dan jangan lupa pelindung matahari anda pada siang hari dengan Balancing Matte Day Lotion SPF 30.

Ingat, mengamalkan penjarakan sosial, kerap cuci tangan dan tidak menyentuh wajah anda adalah cara yang baik untuk melindungi kesihatan dan kulit anda juga. Demi kecantikan yang sihat!




Jaga kulit anda dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION
Untuk mendapatkan ARTISTRY Product boleh hubungi saya 
Hartini 0139027002



Popular Posts

Espring ada Otak?

 ~Ni merupakan otak espring.. cip-cip yang direka oleh saintis … jangka hayat filter epsring pun akan direkod kt sini… sampai masa.. ade sig...

Popular Posts