Apa yang perlu anda tahu mengenai syampu anda?
Saya suka sangat yang hijau ni. Pengalaman guna sendiri., rambut ringan, licin, lepas tu wangian dia mmg best sgt. soft2 je. Yang hijau ni dah skali ngn conditioner. so tk perlu la pakai. rambut lembut... i love it! mmg tk tukar yang lain dah....
jum kita baca yang bawah ni... sharing utk kita semua... semoga bermanfaat ye..
Syampu bukan sekadar pencuci tetapi nutrisi rambut sihat
Apabila membeli dan menggunakan syampu, terdapat banyak perkara yang harus diambil kira. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai rambut yang lebat dan panjang, dan terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang boleh merosakkan rambut dan kulit kepala. Mungkin sesetengah syampu sudah tidak berkesan lagi kerana masalah rambut anda lebih besar daripada kemampuan syampu itu. Oleh itu, bagi memastikan kesihatan dan kebersihan kulit kepala dan rambut tidak diperjudikan, jom ikuti panduan penting ini.
- Pilih syampu yang bermutu untuk rambut yang sihatBagaimana kita memastikan sesuatu syampu itu bermutu? Kerap kali harga atau penggunaan perkataan tertentu boleh mempengaruhi psikologi untuk membelinya. Lazimnya, pengguna berpendapat bahawa produk yang mahal lebih bermutu atau perkataan seperti organik lebih sihat. Jangan terperangkap ya! Syampu yang baik bergantung kepada bahan yang digunakan, bahan yang perlu dielak dalam kandungan seperti bahan kimia berbahaya, ulasan daripada pengguna terutama sekali mereka yang mempunyai masalah rambut yang sama seperti anda dan juga sebaiknya dapatkan nasihat doktor atau pakar rambut untuk menentukan jenis syampu yang sesuai untuk kulit kepala dan rambut anda.
- Baca dan ketahui kandungan dalam syampu andaJikalau anda seorang yang membeli syampu dengan membaca kandungannya, bagus! Anda berjaya melepasi tangga pertama ujian pengguna syampu. Lazimnya, syampu di pasaran banyak menggunakan bahan kimia yang boleh membahayakan kulit kepala sehingga menyebabkan iritasi atau keradangan kulit kepala. Jika anda alah kepada bahan kimia tertentu, baca kandungan dan sebaiknya elak menggunakan syampu tersebut. Nama bahan dalam syampu biasanya ditulis menggunakan terma saintifik. Namun, apa yang anda perlu tahu adalah aturan nama bahan yang dicetak, di mana bahan yang paling tinggi konsentrasi berada pada bacaan pertama, diikuti kedua tertinggi dan seterusnya. Dengan itu anda boleh menilai kandungan paling tinggi kepada paling rendah dan menentukan keberkesanannya.
Apa yang ada pada syampu SATINIQUE?
SATINIQUE adalah produk penjagaan rambut profesional dengan harga berpatutan dan paling penting, selamat untuk kulit kepala anda. Sesuai untuk pelbagai jenis kulit kepala dan rambut, syampu ini bukan sekadar menjaga penampilan tetapi berfungsi sebagai makanan untuk rambut anda. Ini kerana ia mengandungi pelbagai bahan aktif yang mampu memberikan kekuatan kepada rambut dan penjagaan kesihatan kulit kepala yang berpanjangan. Syampu dengan formulasi terbiodegradasikan ini berasaskan tumbuhan, mengandungi komponen unik gabungan botanik khusus untuk keperluan rambut anda. Dengan mengekalkan bacaan pH yang neutral agar tidak merosakkan atau menyebabkan sebarang alahan, semua syampu SATINIQUE selamat digunakan.
Fungsi syampu yang baik adalah membersih dan menjaga
Penggunaan syampu harus bersifat dua dalam satu iaitu membersih dan menjaga untuk keberkesanan optimum rambut dan kulit kepala.
- Membersih: Bercakap mengenai membersih, contoh paling relevan ialah rangkaian penjagaan rambut SATINIQUE yang memberi kepuasan dengan rasa segar dan bersih yang berpanjangan. Lembut dan mesra pengguna, rangkaian produk ini diperbuat berasaskan bahan tumbuhan dengan tahap pH asid yang ringan (3-6.5). Malah, ia juga menggunakan formula bersifat terbiodegradasikan yang mesra alam sekitar.
- Penjagaan: Rangkaian SATINIQUE juga mengekalkan kelembutan kulit kepala menerusi rumusan Kompleks Penenang, Enerjuve iaitu teknologi yang dipatenkan untuk perawatan kulit kepala. Menggunakan bahan asas botani dan kandungan aktif, SATINIQUE sememangnya lebih daripada sekadar syampu.
No comments:
Post a Comment