Tuesday, September 20, 2022

ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing Solution

 

ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing Solution: Testimoni

ARTISTRY SKIN NUTRITION baik untuk tanda-tanda penuaan sederhana?

Diseduh dengan fitonutrien Nutrilite yang dipetik dari ladang yang disahkan organik, empat penyelesaian ARTISTRY SKIN NUTRITION disahkan vegan, bebas paraben dan tidak diuji ke atas haiwan. Menyuburkan kulit anda untuk Kecantikan yang Sihat, ia direka untuk menyeimbangkan, menghidrat, memperbaharui dan memejalkan kulit. Jadi, apakah kesannya pada kulit dengan tanda-tanda penuaan sederhana seperti kekusaman, garis-garis halus dan kedutan?

Dalam Renewing Solution, bahan-bahan ini – Shiso Perilla, Aloe Vera dan Gliserin memberikan pembersihan lembut yang menenangkan kulit pada masa yang sama. Protein Oat dan Prebiotik menghaluskan dan melicinkan permukaan kulit di samping mengimbangi mikrobiom, yang disuburkan lagi dengan Biji Chia Putih dan Delima Nutrilite.

Bayam, Kunyit dan Bunga Tea Olive yang ditanam Nutrilite digabungkan dalam Kompleks Pembaikan untuk mengembalikan keremajaan kulit sebanyak 600% (ujian ex vivo). Akhir sekali, Rosemary menguatkan perintang kulit manakala Asid Hialuronik memudarkan garis-garis halus dan kedutan.


Jum kita tengok apa kata penguna Skin Renewing. 

Zulqarnain Khairuddin

Kulit saya sentiasa berminyak tetapi sejak mencecah usia 30-an, saya perasan ia mula menjadi kering. Kulit di bawah mata sangat sensitif dan pedih setiap kali saya mencuci muka. Di samping itu, saya melihat permulaan lingkaran gelap dan kedutan di sudut mata.

Dari segi penjagaan kulit, saya tidak begitu berdisiplin – adakalanya saya mengabaikan rutin penjagaan kulit saya.

Sebagai ABO yang sibuk, saya sentiasa berada di luar rumah. Pendedahan matahari yang berterusan dan berpeluh tidak baik untuk kulit saya. Saya juga mempunyai seorang anak kecil yang tidak boleh tidur tanpa penyaman udara jadi kulit saya semakin kering.

Bau produk ini sangat lembut dan menenangkan. Rangkaian kegemaran saya ialah Renewing Reactivation Eye Cream. Kawasan mata saya yang dahulunya kasar kini lembut dan kedutan di sekitar mata sudah berkurangan. Semua pelembap diserap serta-merta dan menjadikan kulit saya rasa segar dan kelihatan lebih muda. Kedutan dan pigmentasi sudah berkurangan manakala penghidratan dan kepejalan meningkat.

Kulit saya lebih terhidrat dengan ketara malah isteri saya pun perasan perbezaannya. Kedutan dan pigmentasi sudah berkurangan manakala penghidratan dan kepejalan meningkat. Saya suka bagaimana koleksi ini menyasarkan jenis kulit yang berbeza untuk memenuhi keperluan yang lebih khusus apabila kulit berubah mengikut usia. Saya pasti akan mengesyorkan rangkaian ini kepada kumpulan saya.

Mahaletchumi Suppiah

Kulit saya berminyak, berkedut dan saya nampak liang-liang terbuka di pipi saya. Saya mengambil berat penjagaan kulit dan menggunakan semua produk setiap hari. Saya juga menggunakan SIGNATURE SELECT Polishing Mask setiap minggu.

Gaya hidup saya tidak terlalu sibuk, jadi saya boleh makan dengan tetap, tetapi kadangkala saya tidur lewat. Namun begitu saya sentiasa minum banyak air.

Pada waktu pagi, saya menggunakan Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30. Pada waktu malam, Renewing Reactivation Cream untuk saya.

Saya sangat sukakan tekstur produk ini: Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30 ringan dan sesuai untuk kegunaan waktu siang, manakala Renewing Reactivation Cream sangat kaya dan berkrim. Keseluruhan koleksi juga mempunyai bau yang sangat harum.

Baru dua minggu tetapi saya sudah nampak kulit saya kelihatan lebih tegang dan semakin anjal. Ia juga menyeimbangkan kulit saya yang berminyak, menjadikannya bercahaya dan lebih berseri. Saya gembira dengan hasilnya.

Loo Wen Yi

Saya paling bimbang tentang garis ekspresi dan liang-liang terbuka saya. Kulit kombinasi saya lebih cenderung ke arah berminyak dan ada sedikit tompok gelap di pipi saya. Gaya hidup saya agak sibuk dan saya sering tidur lewat. Saya tidak lupa mengambil suplemen Nutrilite setiap hari.

Sebelum ini, saya menggunakan gabungan SKIN NUTRITION Balancing dan Hydrating Solution. Saya sangat berdisiplin tentang rutin penjagaan kulit, memastikan saya menggunakan SIGNATURE SELECT Personalized Serum dan INTENSIVE SKINCARE Advanced Skin Refinisher setiap hari.

Dua kali seminggu, saya menggunakan SIGNATURE SELECT Purifying, Hydrating dan Brightening Masks serta INTENSIVE SKINCARE Blooming Sleeping Mask. Untuk siang, saya menggunakan Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30. Untuk malam, saya menggunakan Renewing Reactivation Cream.

Baunya harum. Kulit saya perlu menyesuaikan diri dengan produk baru, tetapi hasilnya cukup baik. Permukaan kulit saya lebih lembut dan licin dan ini sangat jelas apabila saya memakai mekap. Sebelum ini masih nampak liang-liang di hidung dan pipi walaupun saya memakai bedak asas. Kini, semuanya kelihatan lebih sekata.

Mula-mula, kulit saya kelihatan terhidrat dan berseri. Kemudian, analisis kulit menunjukkan saiz liang dan tompok gelap telah berkurangan manakala keanjalan bertambah baik. Garis senyum saya telah berkurangan manakala garis kerutan saya telah pudar. Rangkaian ini melangkaui jangkaan saya.

Lim Yen Shan Yennie

Kebimbangan utama saya ialah pigmentasi, liang-liang terbuka dan garis ekspresi. Saya telah menggunakan ARTISTRY selama beberapa tahun dan saya sangat berdisiplin. Setiap hari sejak ia dilancarkan, saya menggunakan SKIN NUTRITION Hydrating Solution.

Saya sentiasa tidur lewat serta banyak bercakap dan tersenyum, jadi garis ekspresi saya agak jelas. Namun begitu, saya sentiasa menyokong kulit saya dengan suplemen Nutrilite seperti peptida kolagen, protein dan Vitamin C.

Setiap pagi, saya menggunakan Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30 dan setiap malam, saya menggunakan Renewing Reactivation Cream. Saya juga menggunakan Cream Makeup Remover yang mempunyai kesan melembutkan.

Renewing Reactivation Cream sangat bagus. Kulit saya tetap rasa sangat lembap dan segar apabila bangun. Pada waktu pagi, Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30 cepat menghidrat dan melindungi kulit saya dengan sentuhan pelindung matahari. Teksturnya sangat pekat tetapi tidak berminyak dan tidak rasa berat pada kulit saya. Ia mudah diserap kulit dan baunya sangat harum.

Kulit saya banyak berubah. Apabila saya mengambil gambar, saya dapat melihat perbezaannya. Lingkaran gelap dan garis ekspresi saya telah berkurangan, liang-liang kelihatan lebih kecil dan kulit saya kelihatan lebih cerah. Rakan-rakan memberitahu yang saya kelihatan seperti memakai bedak asas sedangkan saya tidak memakainya. Saya sangat suka betapa lembut dan licin kulit saya sekarang.

Rafidah Mohd Hidir

Kekusaman dan tona kulit tidak sekata ialah kebimbangan utama saya selain pigmentasi dan tompok gelap. Kulit saya kombinasi normal ke berminyak jadi apabila panas, saya perlu memakai bedak asas untuk menyembunyikan liang-liang terbuka dan lingkaran gelap. Selain itu, kulit saya sangat sensitif dan memerlukan pelindung matahari SPF tinggi.

Saya sangat berdisiplin dan menjaga kulit saya dua kali sehari. Saya menggunakan SIGNATURE SELECT Masks, essentials by ARTISTRY Vitamin Sheet Masks dan INTENSIVE SKINCARE Advanced Vitamin C + HA Treatment.

Saya sering tidak bersarapan, jadi saya menyokong tubuh saya dengan suplemen Nutrilite. Baru-baru ini, saya mula tidur pada pukul 11 malam. Sebelum ini, saya tidur pada pukul 1 pagi kerana saya hanya boleh bekerja apabila semua orang tidur.

Tekstur Renewing Reactivation Cream sangat kaya jadi ia rasa seperti masker dan menjadikan kulit saya terhidrat sepanjang malam. Pada penggunaan pertama, saya terkejut dengan Renewing Softening Toner tetapi kemudian saya rasa kesan melembutkannya. Produknya sangat melembapkan. Dahulu saya menyapu semula penjagaan kulit selepas berwuduk lima kali sehari, tetapi tidak begitu dengan rangkaian ini. Muka saya rasa lembut walaupun selepas saya menyimbahnya dengan air.

Setiap pagi, saya terus mencari cermin untuk melihat bagaimana kulit saya bertambah baik. Kulit saya rasa lebih pejal, liang-liang kelihatan lebih kecil, pigmentasi saya semakin pudar, dan bintik-bintik gelap dan garis-garis halus saya sudah berkurangan. Walaupun semasa mesyuarat maya, semua ABO bawahan saya perasan perbezaannya. Orang bertanya sama ada saya memakai bedak asas kerana kulit saya bercahaya sedangkan saya tidak memakai sebarang mekap. Sekarang, saya tidak sabar untuk menggunakan produk setiap malam dan sangat teruja untuk berkongsi dengan semua orang!


Amacam? korang nk tak rasai sendiri ARTISTRY SKIN NUTRITION ni? 

Jangan risau, kami ada mini pack atau travel pack untuk try. korang boleh try. klu sesuai boleh beli yang pack besar/normal. kalau tak sesuai korang boleh return semula. Hanya dekat awmay shop je tau boleh mcm ni. kalau kedai famasi/watson atau sbgai nya tak dapat gaiss...

yang best lagi, korang blh dapat cashback. seronok bukan... nk thu lebih boleh text saya ya. jgn komen sini sy telepas pandang. nk cepat text yaaa..


wasap me













No comments:

Popular Posts

PROMO ESPRING BARU SEMPENA BULAN MERDEKA 2024

  Pembelian eSpring pada bulan Merdeka lebih menguntungkan?   Untuk promosi bulan ogos 2024, setiap pembelian eSpring baru, Percuma  G...

Popular Posts